Ini adalah kali pertama saya mengambil gambar model untuk assigment Glamour Photo ini. Agak sukar bagi saya mengambil posisi gambar model yang menarik kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengambil gambar model sebelum ni. Namun, saya cuba mengambil gambar posisi model ini dengan sebaik mungkin. Pencahayaan lampu juga memainkan peranan penting ketika saya mengambil gambar model ini. Lighting pada lampu dapat memberikan effect yang menarik kepada model ini, khususnya di bahagian rambut dan pakaian. Terima kasih kepada rakan saya yang telah banyak menolong saya dalam mengambil gambar model ini.
Tuesday, March 16, 2010
Glamour Photo Shooting
Posted by mohd khairul azwan bin yasin at 8:34 PM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Assignment Tilt-Shift 2010
Gambar ini merupakan gambar pertama tift-shift yang saya edit. Gambar ini merupakan gambar eksperimen saya yang pertama. Gambar ini sangat menarik dan kelihatan menjadi gambar mainan. Rasanya, inilah gambar tilf-shift saya yang menjadi agaknya. Percubaan pertama namun hasilnya kurang memuaskan hati saya. Saya akan mencuba membuat yang terbaik pada gambar berikutnya.
Ini merupakan gambar kedua yang saya edit. Kelihatan light sangat terang. Namun eksperimen gambar tilf-shift ihi kelihatan hampir berjaya walaupun tidak berjaya sepenuhnya.
Gambar yang ditangkap pada sudut ini kelihatan amat menarik dan sesuai untuk dijadikan gambar tilf-shift. Pada mulanya saya menghadapi kesukaran dalam mengedit gambar ini,namun masalah ini selesai setelah mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan yang mahir mengedit gambar tilf-shift.
Gambar ini di ambil dari tingkap atas wisma seberkas. Assignment tilt-shift ini sesuai menggunakan gambar sudut pandangan atas. Eksperimen yang saya buat ini kelihatan hampir menjadi setelah diedit.
Posted by mohd khairul azwan bin yasin at 7:04 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
Assignment Bokeh 2010
Aperture:F/5.6
ISO :800
Lens :55mm
Ini merupakan gambar pertama yang saya tangkap. Sepatutnya gambar ini menunjukkan image segi empat namun lain pula image yang kelihatan. Saya menggangap ini merupakan gambar eksperimen saya sehingga saya dapat tangkap gambar yang menunjukkan image bokeh yang sebenarnya.
Aperture:F/5.6
ISO :800
Lens :50mm
Ini merupakan gambar kedua yang saya tangkap. Namun gambar ini tidak berjaya memperlihatkan image segitiga yang diletakkan pada lens. Gambar ini masih lagi eksperimen bagi saya.
Aperture:F/5.6
ISO :800
Lens :55mm
Gambar ini ditangkap dari jarak jauh. Walaupun gambar ini kelihatan kabur namun image bintang jelas kelihatan. Ini hanyalah gambar eksperimen sebelum gambar bokeh yang betul-betul menjadi di tangkap.

Assignment Bokeh
Aperture:F/5.6
ISO :800
Lens :55mm
Gambar ini adalah gambar eksperimen awal yang ditangkap setelah Aperture,Iso & Lens disetting. Kelihatan agak blur namun image bintang jelas terpapar.
ISO:800
Lens:55mm
Ini merupakan gambar bokeh yang menjadi masa saya tangkap. Gambar ini kelihatan agak blur namun dapat memperlihatkan image bintang yang diletakkan pada lens. Gambar ini saya anggap berjaya kerana hampir memenuhi ciri-ciri gambar bokeh.
Posted by mohd khairul azwan bin yasin at 9:17 PM 0 comments
Tuesday, February 2, 2010
Painting With Light 2010

Aperture:f/7.1
Speed:24
ISO:100
Lens:40mm
Gambar ini bermotifkan flora dan fauna. Kelihatan sepohon pokok dan seekor burung dalam gambar ini.
Posted by mohd khairul azwan bin yasin at 7:11 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)