BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 10, 2010

Still Life ( Final Photography Assigment)

Glass Photography

Final assigment ini memang satu assigment yang menyukarkan bagi saya. Gambar gelas ni haruslah mempunyai background putih agar gambar gelas ini kelihatan sangat menarik. Inilah gambar yang paling terbaik yang dapat saya shot. Memang Sukar mahu mengambil gambar gelas ini kerana kotak putih yang digunakan adalah agak kecil. Selain itu,lighting juga kurang sesuai ketika pengambaran dijalankan. Namun begitu, inilah hasil yang saya perolehi setelah 3 jam melakukan pengambaran dalam studio.



Miniature Photography
Miniature Photography lebih senang di shot kerana objek yang digunakan adalah bersaiz kecil berbanding gelas. Gambar yang ditangkap ini menggunakan ISO 800 ke atas. Banyak eksperimen yang saya lakukan bagi mengambil gambar ini dengan lebih baik. Kelihatan gambar ini mempunyai unsur element Depth Of Field.





Food Photography
Saya paling teruja dan suka ketika pengambaraan gambar ini dilakukan. Saya mengambil gambar ini diluar studio. Lokasi gambar ini diambil adalah didalam rumah saya. Pelbagai jenis makanan dan snek di shot sebagai bahan eksperimen. Inilah hasil yang telah saya perolehi setelah menangkap gambar sebanyak 50 keping. Hanya 6 keping gambar ini yang terbaik saya dapat letakkan didalam blog ini.










0 comments: